Terdapat ralat dalam alat ini

Ahad, 7 November 2010

tahniah anak-anak Aqliah!


Pada 13 hb November ini akan diadakan majlis ikhtifal(hari anugerah kecemerlangan pelajar) bagi pelajar pasti aqliah bertempat di Dewan Orang Ramai Paya Pulai. Kepada semua sahabat-sahabat Majlis Guru Pasti, semua guru pasti temerloh, dan pengurus pasti dijemput. Majlis akan diadakan pada jam 8.45 pagi hingga jam 12.00 tengah hari, insya Allah. Para ibu bapa dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan tanda sokongan kepada anak-anak pasti aqliah.


Semoga mereka berjaya dengan cemerlang di masa akan datang dan menjadi insan yang baik dari segi sahsiah dan akademik. Pihak pasti Aqliah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan ibu bapa dan para pelajar yang tidak putus-putus. Syukran Jazilan.Kepada para pelajar 6 tahun yang akan "graduate" dari pasti Aqliah, kami mengucapkan selamat berjaya di alam sekolah rendah. Gunakanlah ilmu yang diberi ketika di pasti.Semoga anda memperoleh kejayaan.

info: keputusan pertandingan peringkat negeri yang diadakan baru-baru ini ialah nasyid tempat ke 3,bahagian cerita tempat pertama,bahagian cerita perempuan tempat ketiga, bahagian azan saguhati, bahagian sajak saguhati, bahagian khutbah tempat pertama dan pidato saguhati.