Rabu, 11 Ogos 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Allahuakbar!!! Sudah tiba bulan yang ditunggu-tunggu ....


....SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK........


Banyakkan beribadat dan bertaubat, semoga Allah swt mendengar doa kita....semoga diberi kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan....


TULUS IKHLAS DARI PASTI AQLIAH TEMERLOH.....

generasi ini perlu ISLAM!!


Salam ukhwah semua ibu-ibu yang mulia, ayah-ayah yang dirahmati dan sekalian pembaca........Peringatan sekadar renungan......


anak-anak yang berkualiti itu, yang soleh itu terdidik daripada didikan yang baik atau lebih tepat lagi dididik dalam acuan Islam. Sekarang kita lihat di dada akhbar banyak memaparkan pembuangan bayi. Di manakah moral individu yang melakukan perbuatan sebegitu??? Allah swt telah menganugerahkan zuriat yang merupakan sumber-sumber rezeki dan apakah kita menghargai mereka? Adakah kita telah mendidik mereka sebaiknya? Adakah sudah mereka diberi pendidikan Islam yang secukupnya?


Lantaran dari sikap ibu bapa yang mengabaikan pengajaran Islam dan pendidikan Islam inilah lahirnya anak yang sentiasa melakukan kemurkaan Allah swt. Ingatlah wahai ibu, wahai ayah..... cahaya mata yang dikurniakan Allah swt perlu di asuh dengan sebaik mungkin, diajarkan al-Quran, sentiasa didoakan dan memantau mereka sentiasa. Walaupun dalam masa mendidik mereka ini, banyak tenaga yang dicurahkan, wang ringgit yang dilaburkan, dan masa yang guna...tetapi ingatlah ia adalah satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan!


Anak yang soleh dapat mendoakan ketika dalam kubur, anak yang solehah dapat membuat kebaikan kepada kita di hari tua, anak yang soleh dan solehah akan menarik kita masuk syurga...banyak lagi kelebihannya.....semoga kita semua memperolehi anak-anak yang soleh dan solehah penyejuk mata hati.......amiin....

HARI UJIBAKAT PASTI TEMERLOH

Salam ukhwah semua......berbanyak maaf dipinta atas kelewatan untuk meng 'update' blog. Ini kerana kesibukan yang memenuhi setiap saat. Asifah jiddan! Di sini pihak pasti Aqliah melampirkan beberapa gambar sempena hari ujibakat yang diadakan pada 1Ogos 2010 di Darul Izzah, Temerloh. Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah khutbah, nasyid, hafazan, sajak dan banyak lagi. Ibu bapa dan para peserta telah memenuhi ruang pertandingan sejak jam 8.30 pagi lagi.