Rabu, 11 Ogos 2010

generasi ini perlu ISLAM!!


Salam ukhwah semua ibu-ibu yang mulia, ayah-ayah yang dirahmati dan sekalian pembaca........Peringatan sekadar renungan......


anak-anak yang berkualiti itu, yang soleh itu terdidik daripada didikan yang baik atau lebih tepat lagi dididik dalam acuan Islam. Sekarang kita lihat di dada akhbar banyak memaparkan pembuangan bayi. Di manakah moral individu yang melakukan perbuatan sebegitu??? Allah swt telah menganugerahkan zuriat yang merupakan sumber-sumber rezeki dan apakah kita menghargai mereka? Adakah kita telah mendidik mereka sebaiknya? Adakah sudah mereka diberi pendidikan Islam yang secukupnya?


Lantaran dari sikap ibu bapa yang mengabaikan pengajaran Islam dan pendidikan Islam inilah lahirnya anak yang sentiasa melakukan kemurkaan Allah swt. Ingatlah wahai ibu, wahai ayah..... cahaya mata yang dikurniakan Allah swt perlu di asuh dengan sebaik mungkin, diajarkan al-Quran, sentiasa didoakan dan memantau mereka sentiasa. Walaupun dalam masa mendidik mereka ini, banyak tenaga yang dicurahkan, wang ringgit yang dilaburkan, dan masa yang guna...tetapi ingatlah ia adalah satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan!


Anak yang soleh dapat mendoakan ketika dalam kubur, anak yang solehah dapat membuat kebaikan kepada kita di hari tua, anak yang soleh dan solehah akan menarik kita masuk syurga...banyak lagi kelebihannya.....semoga kita semua memperolehi anak-anak yang soleh dan solehah penyejuk mata hati.......amiin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan