Ahad, 7 November 2010

tahniah anak-anak Aqliah!


Pada 13 hb November ini akan diadakan majlis ikhtifal(hari anugerah kecemerlangan pelajar) bagi pelajar pasti aqliah bertempat di Dewan Orang Ramai Paya Pulai. Kepada semua sahabat-sahabat Majlis Guru Pasti, semua guru pasti temerloh, dan pengurus pasti dijemput. Majlis akan diadakan pada jam 8.45 pagi hingga jam 12.00 tengah hari, insya Allah. Para ibu bapa dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan tanda sokongan kepada anak-anak pasti aqliah.


Semoga mereka berjaya dengan cemerlang di masa akan datang dan menjadi insan yang baik dari segi sahsiah dan akademik. Pihak pasti Aqliah mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan ibu bapa dan para pelajar yang tidak putus-putus. Syukran Jazilan.Kepada para pelajar 6 tahun yang akan "graduate" dari pasti Aqliah, kami mengucapkan selamat berjaya di alam sekolah rendah. Gunakanlah ilmu yang diberi ketika di pasti.Semoga anda memperoleh kejayaan.

info: keputusan pertandingan peringkat negeri yang diadakan baru-baru ini ialah nasyid tempat ke 3,bahagian cerita tempat pertama,bahagian cerita perempuan tempat ketiga, bahagian azan saguhati, bahagian sajak saguhati, bahagian khutbah tempat pertama dan pidato saguhati.

Selasa, 12 Oktober 2010

PROGRAM


PADA 12 HB OKTOBER 2010 PASTI AQLIAH TELAH MENERIMA KUNJUNGAN DARIPADA KLINIK BERTUJUAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM (CARA-CARA MENGGOSOK GIGI).


PADA 17 HB 2010 AKAN DATANG PULA PASTI AQLIAH AKAN MENGHANTAR SATU TEAM IHTIFAL (KECUALI HAFAZAN) UNTUK MENJADI WAKIL TEMERLOH KE MAJLIS IHTIFAL NEGERI DI SEKOLAH RENDAH IRSYAD, KUANTAN. MOHON DIDOAKAN KEJAYAAN KAMI DI SANA!



" MENDIDIDK GENERASI CILIK KEARAH PEMBANGUNAN SAHSIAH DAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA...."

PENDAFTARAN SESI 2011















PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAWAT BLOG PASTI AQLIAH DAN IBU BAPA SERTA PENJAGA, PASTI AQLIAH TEMERLOH TELAH MEMBUKA PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2011 SEKARANG. SEBARANG PERTANYAAN DAN KEMUSYKILAN SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN PUAN HUSNA YAACOB DI PASTI AQLIAH.




" MENDIDIK GENERASI CILIK KE ARAH PEMBANGUNAN ROHANI DAN KECERMERLANGAN."

Selasa, 7 September 2010

SALAM SYAWAL












~ SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL BULAN KEMENANGAN ~


RAMADHAN YANG MASIH BERBAKI INI WAJIBLAH KITA MELIPATGANDAKAN IBADAH BAGI MENAMBAH AMALAN..


AWASI ANAK-ANAK DARIPADA BAHAYA MERCUN DAN BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI...


MAAF ZAHIR DAN BATIN, SEMOGA DALAM LINDUNGAN ALLAH SWT SENTIASA...


~ IKHLAS DARI WARGA PASTI AQLIAH TEMERLOH ~

Rabu, 11 Ogos 2010

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN


Allahuakbar!!! Sudah tiba bulan yang ditunggu-tunggu ....


....SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK........


Banyakkan beribadat dan bertaubat, semoga Allah swt mendengar doa kita....semoga diberi kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan....


TULUS IKHLAS DARI PASTI AQLIAH TEMERLOH.....

generasi ini perlu ISLAM!!


Salam ukhwah semua ibu-ibu yang mulia, ayah-ayah yang dirahmati dan sekalian pembaca........Peringatan sekadar renungan......


anak-anak yang berkualiti itu, yang soleh itu terdidik daripada didikan yang baik atau lebih tepat lagi dididik dalam acuan Islam. Sekarang kita lihat di dada akhbar banyak memaparkan pembuangan bayi. Di manakah moral individu yang melakukan perbuatan sebegitu??? Allah swt telah menganugerahkan zuriat yang merupakan sumber-sumber rezeki dan apakah kita menghargai mereka? Adakah kita telah mendidik mereka sebaiknya? Adakah sudah mereka diberi pendidikan Islam yang secukupnya?


Lantaran dari sikap ibu bapa yang mengabaikan pengajaran Islam dan pendidikan Islam inilah lahirnya anak yang sentiasa melakukan kemurkaan Allah swt. Ingatlah wahai ibu, wahai ayah..... cahaya mata yang dikurniakan Allah swt perlu di asuh dengan sebaik mungkin, diajarkan al-Quran, sentiasa didoakan dan memantau mereka sentiasa. Walaupun dalam masa mendidik mereka ini, banyak tenaga yang dicurahkan, wang ringgit yang dilaburkan, dan masa yang guna...tetapi ingatlah ia adalah satu pelaburan jangka panjang yang menguntungkan!


Anak yang soleh dapat mendoakan ketika dalam kubur, anak yang solehah dapat membuat kebaikan kepada kita di hari tua, anak yang soleh dan solehah akan menarik kita masuk syurga...banyak lagi kelebihannya.....semoga kita semua memperolehi anak-anak yang soleh dan solehah penyejuk mata hati.......amiin....

HARI UJIBAKAT PASTI TEMERLOH

Salam ukhwah semua......berbanyak maaf dipinta atas kelewatan untuk meng 'update' blog. Ini kerana kesibukan yang memenuhi setiap saat. Asifah jiddan! Di sini pihak pasti Aqliah melampirkan beberapa gambar sempena hari ujibakat yang diadakan pada 1Ogos 2010 di Darul Izzah, Temerloh. Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah khutbah, nasyid, hafazan, sajak dan banyak lagi. Ibu bapa dan para peserta telah memenuhi ruang pertandingan sejak jam 8.30 pagi lagi.









































Rabu, 7 Julai 2010

PENGAWAS 6 TAHUN


BERDIRI (dari kiri) : al waiz, emir akhtar, Puan Husna (guru),zamier, muizzuddin, najmi amir
DUDUK (dari kiri) : nailah, qareena delaila, nur ainul basyirah (guru), izzah, ain
DUDUK ( hadapan) : aliff (ketua pengawas)
~MELAHIRKAN GENERASI KEPIMPINAN YANG BERWAWASAN DAN ISLAMIK~

SUKANEKA PASTI AQLIAH

DIJEMPUT SEMUA PENJAGA, IBU BAPA DAN WARGA PASTI AQLIAH DAN KAFFAH KE KARNIVAL SUKANEKA PASTI AQLIAH. INFO PROGRAM ADALAH SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 18 JULAI 2010
MASA : 8 PAGI - 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : PADANG AWAM TAMAN PERUMAHAN
TAMAN JAYA 6

PIHAK PASTI MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN TUAN/PUAN KE KARNIVAL PASTI AQLIAH.MARILAH SAMA-SAMA MEMERIAHKAN SUKANEKA YANG AKAN DIADAKA SEKIAN.

INFO TERKINI PASTI AQLIAH

Salam......selamat datang kepada semua yang berziarah di blog ini...syukran jazilan!

PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI JAWATAN KUASA PASTI AQLIAH DAN JIBG PASTI AQLIAH, PADA 9 HARIBULAN JULAI INI JAM 5 PETANG AKAN DIADAKAN MESYURAT KHAS SUKANEKA .


Ahad, 4 Julai 2010

WAJAH-WAJAH TOP TEN 6 TAHUN

top ten 6 tahun

1. Tuan nurul izzah
2. Emir Akhtar
3. Ain Umairah
4. Wan Nur Awni
5. Al Waiz
6. Nurul Nailah
7. Mohd Nur Fadhzil
8. Najmi Amir
9. Muizzuddin Ramadhan
10. Qareena Delaila


TAHNIAH KEPADA SEMUA!

Ahad, 27 Jun 2010

Isnin, 7 Jun 2010

Jenguk-jenguk karnival bola negeri

Assalamu'alaikum wbt....


Pada 16 Mei 2010 telah diadakan karnival bola PASTI negeri Pahang. Seluruh daerah telah membawa kontinjen masing-masing. Tahun ini daerah Temerloh telah menjadi tuan rumah dan ini dilihat memberikan banyak 'chance' kepada daerah Temerloh. Seawal jam 8 pagi sudah ramai yang membanjiri padang. Kontinjen yang datang dari jauh sudahpun sampai dan ada yang bermalam di Temerloh. Pada pukul 10 pagi acara bermula dan menyaksikan pasukan tuan rumah menjadi pembuka perlawanan menentang daerah Kuantan dalm bola jaring.
Perlawanan berhenti sebentar untuk upacara menyambut kedatangn perasmi dan disambung semula kira-kira jam 12 tengah hari. Semua perlawanan tamat pada jam 4 petang dengan kemenangan bola jaring berpihak pada kontinjen Temerloh dan bola sepak dimenangi oleh Inderamahkota. Semangat kesukanan dapat dilihat daripada setiap ahli kontinjen. Tahniah kepada para pemenang!











karnival bola daerah

Salam semua pembaca.....


Pada bulan april 2010, telah diadakan satu karnival bola sepak dan bola jaring bagi semua PASTI daerah temerloh. Pasti Aqliah telah menghantar pasukan bola sepak dan bola jaring. Setelah berhempas pulas berlatih, akhirnya mereka berjaya mendapat tempat pertama dalam kedua-dua pertandingan. Mereka akan mewakili daerah Temerloh di peringkat Negeri dan yang paling menerujakan ialah Temerloh bakal menjadi tuan rumah Karnival Bola Negeri. Selamat Berjaya!

Wajah-wajah ceria di sekitar karnival bola daerah

























Isnin, 31 Mei 2010

guru-guru yang berjasa


Pn Husna Yaacob Guru Kanan Di PASTI Aqliah.
(Menguruskan hal ehwal guru & berkaitan dengan P&P














Gambar kanan: Puan Tn. Rosmiza bt Tuan Hamid
(guru kelas 4 tahun)







Gambar kiri: Puan Zalimah Bt Udin
(Guru kelas 5 tahun)








Gambar kanan: Puan Nur Khairil Fathilah
bt Kamarolzaman
(guru kelas 6 tahun)








Ahad, 30 Mei 2010

sejarah penubuhan pasti aqliah

(wajah kini pasti aqliah selepas 8 tahun bertapak)

Pasti Aqliah telah ditubuhkan pada Januari 2002. Idea penubuhannya telah dicetuskan oleh mantan Pengarah Pasti Negeri Pahang kedua iaitu Encik Kamaruddin bin Salleh (cikgu kamaruddin) bagi menambahkan bilangan pasti kawasan Mentakab yang kekurangan ketika itu. Perasmian penubuhan telah di sempurnakan oleh Ustaz Abdul Wahid Ghaffar, Pengerusi Pasti Kawasan Mentakab ketika itu.

Pada permulaan pasti ini dibuka seramai 35 orang pelajar telah mendaftar (merangkumi 4, 5 dan 6 tahun) dan ditugaskan seorang guru iaitu Puan Husna bt Yaacob untuk menjadi tenaga pengajar. Pelbagai cabaran untuk membangunkan pasti ini sebagai salah satu institusi pendidikan kanak-kanak. Kini, pasti aqliah telah berdiri sebagai satu pasti yang berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut. Bilangan pelajar sekarang sudah bertambah kepada 60 orang dengan mempunyai 3 kelas dan empat orang guru. Bagi kelas 4 tahun, guru yang mengajar ialah Puan Tn. Rosmiza bt Tuan Hamid. Kelas 5 tahun pula diwakili oleh Puan Zalimah bt Udin dan untuk kelas 6 tahun iaitu Puan Husna bt Yaacob dan Puan Nur Khairil Fathilah Bt Mohd Kamarolzaman. Untuk sebarang urusan dan pembelajaran boleh berhubung dengan guru kanan iaitu Puan Husna bt Yaacob.

Rabu, 26 Mei 2010