Isnin, 7 Jun 2010

Jenguk-jenguk karnival bola negeri

Assalamu'alaikum wbt....


Pada 16 Mei 2010 telah diadakan karnival bola PASTI negeri Pahang. Seluruh daerah telah membawa kontinjen masing-masing. Tahun ini daerah Temerloh telah menjadi tuan rumah dan ini dilihat memberikan banyak 'chance' kepada daerah Temerloh. Seawal jam 8 pagi sudah ramai yang membanjiri padang. Kontinjen yang datang dari jauh sudahpun sampai dan ada yang bermalam di Temerloh. Pada pukul 10 pagi acara bermula dan menyaksikan pasukan tuan rumah menjadi pembuka perlawanan menentang daerah Kuantan dalm bola jaring.
Perlawanan berhenti sebentar untuk upacara menyambut kedatangn perasmi dan disambung semula kira-kira jam 12 tengah hari. Semua perlawanan tamat pada jam 4 petang dengan kemenangan bola jaring berpihak pada kontinjen Temerloh dan bola sepak dimenangi oleh Inderamahkota. Semangat kesukanan dapat dilihat daripada setiap ahli kontinjen. Tahniah kepada para pemenang!











Tiada ulasan:

Catat Ulasan